Video Script Writing
Video Script Writing
A) SKRIP
- Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan.
- Skrip berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis media.
- Skrip dihasilkan oleh penulis skrip.
- Penulisan skrip berlaku berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan.
- Biasanya Penerbit akan membeli terus skrip dan mengubah bahagian tertentu jika diperlukan.
SUMBER IDEA UNTUK SKRIP
i. Pengalaman sendiri
ii. pengalaman orang lain
iii. pembacaan pelbagai bahan.
iv. menonton.
STORYBOARD
- Satu siri lakaran lukisan yang memaparkan komposisi dalam sesuatu penerbitan filem dan video. Ia mengandungi imej atau visual, diskripsi ringkas berkaitan visual dan shot-shot kamera.
- Pengarah berbincang dengan pelukis untuk menterjemahkan skrip penggambaran ke bentuk storyboard.
KEPENTINGAN STORYBOARD
- Sebagai panduan semasa di tahap Produksi dan Pos Produksi.
- Storyboard membolehkan setiap krew penerbitan membuat perbincangan sebelum pergi membuat rakaman.
- Rakaman yang dilakukan mengikut storyboard akan melancarkan proses penyuntingan.
0 comments:
Post a Comment